Sunday, May 8, 2011

you are great mom !

ibu,
kau insan pertama yang aku kenali,
kau juga insan pertama yang aku kasihi,
kau yang tercantik didunia ini,
kau juga yang terindah dihidup ini,
tak ada yang dapat tandingimu di duniawi,

ibu,
kasih sayangmu tak dapat dijual beli,
kehadiranmu tak dapat ditukar ganti,
walau ada beribu insa berdiri,
kau tetap yang pertama dihati .

credit to my mom : DAYANG SUFIA BINTI MOHD TAIB .
this is my greatest mom in the world ! i love u !




Monday, April 25, 2011

terima kasih ya allah !

alhamdulillah . syukur yang tak terhingga aku panjat kan padamu ya allah . dengan rahmat yang kau limpahkan akhirnya aku berjaya ya allah . alhamdulillah . syukur nikmat . namun kejayaan yang aku kecapi ini tidak akan dapat aku kecapi tanpa insan TERSAYANG yang sentiasa menyokong aku . tema kasih pada MAMA & PAPA yang tak jemu2 telefon aku bagi semangat untuk belajar . tak lupa jugak pada IETA , NITA , AYIE , IZZAT , OPIE , ARI , AZZA, RAI , ZAHRA , AINI , JAZ dan ramai lagi la yang terlibat mengajar aku sampai paham . pada lecturer IKRAM MUZAMMIL . anda mmg yang TERBAIK . sanggup kut malam2 dalam office mengajar sampai malam . TERIMA KASIH SANGAT2 .

Thursday, April 21, 2011

TERIMA KASIH KAWAN !!

ucapan TERIMA KASIH ni aku tujukan khas buad MOHD AFFIZI sbb dea telah MEMARKET kan aku kat . blog dea . tapi mintak aku MARKET kan dea balik . cehh . so kena la letak gamba dea . 


ni la dea si MOHD AFFIZI tu . ea . bro . aku dah MARKET kan kau .
pada sesiapa yang teringin nak BERKENALAN ngn mamat perasan ni .  sila la bagi tahu aku .
nnty aku ADJUST kan ea . mamat ni single jea ..

Sunday, April 17, 2011

bersama buddies

hari ni sepatutnya aku ngah sibuk2 kemas barang nak kea S.A. tapi tak jadik . sedihnya . klu jadik mesti pagi tadi aku dah kecoh2 . yea la . mesti la kecoh2 . tak sabar nak jumpe kengkawan . pastu mety pukul 1 tadi aku dah bertolak kea S.A. then ngn kengkawan kecoh kemas rumah yang bersepah . patu malam kang sebok la nak kuar lepak . yea la da dekat sebula ta jumpe . eheeh . macam lama jea kan ? then malam sebelum tidur excited sediakan baju untuk pakai esok . tak sabar la konon nya tapi bila dah dapat jadual semua buat muka ketat yea la . masa dah terhad . ahhaha ! then bila jadual keluar mula lla semua budak DBM sibuk bertolak2 nak tengok . excited gila kan ? pastu jumpa lec. yang baru . kena lec. yang sekepala oke la . kena yang garang macam singa nah amik kau . ehhe . pastu setiap kali habis kelas semua lepak together release tension konon nya . apa yang tension pun tak tahu le . nak tahu perangai kitorang macam mana ? hah . tengok la ni .. ya allah ! apa nak jadik kami ni ? ehhee .




 tengok tu perangai . masa ni kitorang ngah melalak tau . best giler kut suara kitorang , mana tak sedapnya tu yang pakai baju pink tu penyanyi kut . ahhaha ! yang lelaki ni pulak rappers yang terbaik kami jemput yang baju putih tu pulak tu perosak bahasa kebangsaan . ahahah ! hebat kan kami ni ? aku ni pulak ? nak tahu jugak kea ? aku ni penjahanam bahasa pun boleh la . 









yang ni pulak aktiviti dalam kelas . nak belajar . tapi cube tengok tu .  yang posing sakan ada . yang bersms pun ada . yang lagi hampeh tu hah siap online lagi mak aii . melampau tak ? ahhah ! ni sebenarnya sampingan jea la . yea la boleh gila jugak kalau dok belaja tak de selaan nya . 







 kat atas ni pulak aktiviti kitorang lepas penat study . penat kea ? ahha ! lepaking la . apa lagi kan ? kalau diperhatika betul2 dari langit cerah sampai langit gelap . lepak tak habis2 . tah apa yang di story nya . jumpa hari2 . story tak habis2 . pelik2 . 




I SWEAR I WILL MISS ALL THIS MOMENT .

Wednesday, April 13, 2011

kawan ketawa senang dicari kawan menangis ?

Inilah realiti kehidupan yang sebenarnya.Dalam berjalan menongkah arus dunia yang semakin deras,memang ramai kenalan yang selalu bersama kita ketika kita ceria,tetapi adakah itu juga berlaku ketika kita berduka?

Sebenarnya,daripada situlah kita dapat menilai dan membezakan antara kawan dan lawan.Ada ‘kawan’ yang hanya tahu menjadi “gunting dalam lipatan”.Ada yang hipokrit.Ada pula yang suka mengambil kesempatan.Bayangkan betapa susahnya untuk kita mencari seorang kawan yang mampu kita percayai,yang boleh kita jadikan mainan dalam kesepian,yang boleh menjadi pengubat duka.

Justeru,mungkin dalam sekali hidup kita,Allah memberikan kita satu peluang yang amat bernilai,iaitu kita bertemu dengan kawan yang benar-benar kawan.Hargailah kawan yang telah dikurniakan kepada anda.Percayalah,bukan senang kita hendak mencari kawan yang mampu memahami kita.Kawan sejati tidak mampu dibeli oleh wang ringgit.Walau setinggi mana darjat,sekaya mana pun anda,anda tidak akan mampu menjadikan itu semua sebagai satu dampingan.

Bersahabatlah kerana Allah,dan berpisahlah kerana Allah.Permulaan bermaksud perkenalan,tetapi perpisahan tidak bermaksud pengakhiran.Jadikanlah teman anda sebagai rakan yang mampu memberi kita kesenangan di dunia,dan boleh jua memberi kebahagiaan di akhirat.

gadis gedik kat sebelah ni nama dea lyefa . si gedik ni la sahabat aku dunia akhirat . dea ni tak pernah hilang kalau aku tengah susah hati . dea ni lah pendengar setia aku . walaupun kami berjauhan perbezaan jarak tidak menjadi penghalang untuk kami terus berhubung . terima kasih kawan .